WORLD 62nd JOTA & 23rd JOTI, STATION NEGERI SABAH_DAERAH SIPITANG (9M4SJSC)

WORLD 62nd JOTA & 23rd JOTI, STATION NEGERI SABAH_DAERAH SIPITANG (9M4SJSC)

Aktiviti World 62nd JOTA & 23rd JOTI Station Negeri Sabah bagi tahun ini telah diadakan di 15 daerah di seluruh negeri Sabah bersama station-station lain di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia.

Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap dari segenap tempat diseluruh negeri Sabah bukan sahaja setakat sampai tetapi juga menjalankan aktiviti kepengakapan di Negeri Sabah.  Secara tidak langsung ianya dapat memberi manfaat kepada para peserta dan petugas-petugas untuk beraktiviti sambil mengenali dan mempromosikan kepada umum tentang aktiviti-aktiviti Pengakap Negeri Sabah.

Penganjuran JOTA & JOTI kali ini telah mengumpulkan peserta dari beberapa daerah negeri Sabah yang sanggup berkelana untuk sampai ke stesen-stesen terdekat di seluruh Negeri Sabah.  Stesen-stesen yang beroperasi di negeri Sabah adalah :

  1. HQ PPMCS (9M4CBP / 9M4SJS)
  2. TUARAN (9M4SJSU)
  3. TAWAU (9M4SJSW)
  4. SCOUT NATURE PARK (9M4SJSD)
  5. SIBUGA (9M4SJSG)
  6. LAHAD DATU (9M4SJSL)
  7. SEMBULAN (9M4SJSS)
  8. SOOK (9M4SJSO)
  9. BEAUFORT (9M4SJSB)
  10. TUNGKU (9M4SJST)
  11. KAWANG (9M4SJSM)
  12. KUNAK (9M4SJSN)
  13. SIPITANG (9M4SJSC)
  14. KENINGAU (9M4SJSK)
  15. PAPAR (9M4SJSP)

Pengoperasian station-station JOTA / JOTI lain di negeri ini merupakan satu titik permulaan baru ke arah memberi peluang yang sama rata kepada ahli-ahli pengakap di negeri Sabah yang sangat luas.  Peluang seperti ini telah membantu memendekkan perjalanan mereka tanpa perlu menjelajah jauh serta mengeluarkan belanja yang besar untuk menyertai acara peringkat antarabangsa seperti ini.

Saya telah menjalankan tugas selaku SABAH STATE JOTA JOTI CO-ORDINATOR untuk semua 15 station di negeri Sabah.

Started Ended
Number of participants
160
Service hours
2880
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share