PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH AL-YAKIN : KAMI DATANG

PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH AL-YAKIN : KAMI DATANG

Projek ini  merupakan projek bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4. Setiap kelas diminta untuk menghasilkan program Khidmat Masyarakat  mereka sendiri. Oleh itu, kelas 4 AK telah memilih untuk menjalankan projek ini dengan Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin.

Projek ini dirancang selama sebulan. Bagi projek ini, projek ini dijalankan sepenuhnya oleh pelajar dengan guru bertindak sebagai mentor/fasilitator sahaja manakala aktiviti dan sumbangan disediakan oleh pelajar. Bagi sumbangan, pelajar telah membuat pelbagai aktiviti bagi mendapatkan dana untuk sumbangan seperti mengutip yuran dalam kelas, jualan dan mengutip derma di asrama. Hasilnya sumbangan yang diberikan kepada rumah anak yatim ini adalah dalam bentuk barangan asas seperti minyak, beras dan wang ringgit.

Aktiviti ini telah dijalankan pada 23 oktober 2019 di rumah anak yatim tersebut. Aktiviti dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu aktiviti kerohanian, aktiviti Latihan dalam kumpulan dan aktiviti luar seperti Pertandingan Freesbie. Aktiviti ini melibatkan 26 orang pelajar kelas 4AK dan16 orang anak-anak Yatim Rumah Al-Yakin

Number of participants
42
Service hours
252
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme
SDGS