1st  MALAYSIA POLYTECHNIC ROVERS CHALLENGE

1st MALAYSIA POLYTECHNIC ROVERS CHALLENGE

Program Cabaran Kelana Politeknik Malaysia 1st Malaysia Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO 2017) ini diperkenalkan bagi memberi ruang krew-krew KLKM Politeknik Malaysia berkumpul untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan silibus pasukan kelana dalam kumpulan yang besar dan bersepadu disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan menimba pengalaman. Program ini yang menawarkan pengalaman dan keseronokan melaksanakan aktiviti di dari segi fizikal dan cabaran mental serta memberi peluang kepada peserta untuk berkhidmat kepada masyarakat. Antara aktiviti yang disusun adalah : Night Orienteering, Fly fox, Kayak, Memanah, Abseiling, Pioneering Project, First Responder, KMK Penerangan dan CSR Program ini juga mensasarkan penyertaan dari Pasukan Kelana peringkat Antarabangsa pada masa akan datang. Ianya boleh menjadi jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pengakap diseluruh negara dan peringkat antarabangsa.
Started Ended
Number of participants
120
Service hours
7680
Topics
Personal safety
Youth Engagement

Share via

Share