WALKSIDE BY ROVS PROJECT 2019 - A Success to Share

WALKSIDE BY ROVS PROJECT 2019 - A Success to Share

Walkside by Rovs Project merupakan satu projek inovasi baharu pembinaan laluan pejalan kaki sepajang 100 meter di Jalan Mesra, Off Jalan Damai, Kuala Lumpur dengan mengunakan kira-kira 80,000 penutup botol plastik minuman yang telah dikumpulkan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti promosi kempen pendedahan kepentingan penjagaan alam sekitar bersama para pelajar sekolah dan universiti, pembersihan di jalanan, hari terbuka di karnival, sektor koporat dan media sosial.

Pasukan projek ini adalah terdiri daripada 12 orang ahli pasukan Pengakap Malaysia yang datang daripada pelbagai latar belakang negeri Persekutuan Pengakap Malaysia seperti Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Johor yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam pergerakkan belia dan kepengakapan seperti berikut :

  1. Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam – Krew A Udara Kajang
  2. Nuralif Affandi Bin Nor Rahmat - Krew A Udara Kajang
  3. Aliff Ajwad Bin Marzuki – Krew D Wangsa Maju
  4. Amsyar Afiq Bin Azman – Krew D Wangsa Maju
  5. Mohd Azrol Hafizi Bin Azman –Krew KLKM UPM
  6. Atikah Binti Che Ismail - Krew KLKM UPM
  7. An’nor Israffael Bin Anuar – Krew A Kuala Selangor
  8. Nur Maizatul Alyna Binti Harun - Krew A Kuala Selangor
  9. Hue Jia Hao – Krew F Johor Bahru
  10. Muhammad Aiman Ifwat Bin Mohd Nor – Krew B Kuantan
  11. Choy Jin Shen – Krew A Seputeh
  12. Liow Weng Chong – Krew S Batu

Ahli-ahli Kumpulan Walkside by Rovs Project ini telah terlibat dalam kerja-kerja pembinaan lorong pejalanan kaki sepanjang 100 meter bermula dari 1 Julai 2018 sehingga 29 September 2018.

Projek ini lebih berfokus kepada kongsep Amalan Kitar Semula 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) bahan buangan seperti penutup botol plastik minuman dan kearah Pencapaian Dunia Mapan SDGs (Sustainable Development Goals) 2030 yang diguna pakai oleh semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Member States) pada tahun 2015 antaranya matlamat ke-3 (kesihatan & kesejahteraan yang baik), matlamat ke-9 (industri, inovasi dan infrastruktur), matlamat ke-11 (bandar dan komuniti lestari), matlamat ke-12 (penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab), matlamat ke-13 (tindakan iklim) serta matlamat ke-15 (kehidupan di darat).

 

Disamping itu, pembinaan projek ini adalah salah satu usaha ahli-ahli pasukan Walkside by Rovs Project untuk menyahut cabaran mencapai Anugerah Pengakap Dunia (Scouts of the World Award) dan pengiktirafan dari World Organization of the Scout Movement (WOSM) yang membuka peluang kepada kami sepasukan untuk  memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk menjadi warganegara dunia iaitu seseorang yang boleh memainkan peranan yang aktif dalam membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik, bermula dengan komuniti setempat.

 

Objektif projek ini juga adalah  untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara Malaysia mengenai kepentingan Amalan Kitar Semula 3R, meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dengan kemudahan laluan pejalan kaki yang disediakan serta meningkatkan semangat bersama masyarakat setempat untuk terus melakukan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar.

 

Projek ini telah memberi impak sosial yang sangat besar kepada masyarakat setempat seperti memberikan kemudahan, keselesaan dan kesalamatan ketahap yang lebih baik serta memberi impak alam sekitar yang besar di pelbagai kawasan melalui penglibatan masyarakat bersama dalam menjalankan pelbagai aktiviti pengumpulan bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik minuman.

 

Perancangan masa hadapan projek ini adalah akan dijadikan sebagai model projek contoh dalam menarik lebih ramai lagi golongan belia bersama masyarakat setempat di Malaysia dan luar negara untuk turut sama terlibat dalam pelaksanaan projek-projek berinovasi berkongsepkan pemeliharaan alam sekitar kearah Pencapaian Dunia Mapan SDGs 2030.

 

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli pasukan projek ini dimana kami terpaksa membina laluan penjalan kaki mengikut tempoh tarikh yang diperuntukkan walaupun cuaca hujan pada hari proses pembinaan projek. Ini kerana, sebahagian ahli-ahli pasukan projek ini tinggal pada jarak yang sangat jauh dari tempat tapak projek dan perlu hadir pada tarikh-tarikh pembinaan projek yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share via

Share