Perkhemahan PERATA II

Perkhemahan PERATA II

29 November hingga  01 Disember 2019 telah berlangsungnya Perkhemahan Akhir Tahun (PERATA II) anjuran bersama Pengakap Kelana dan Majlis Pemimpin, Daerah Lahad Datu. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan kali ke-2 yang dianjurkan oleh daerah Lahad Datu. Penganjuran kali pertama adalah pada 7 tahun lepas iaitu tahun 2011.

PERATA II kali ini melibatkan pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap, remaja dan pengakap kelana. Seramai 61 orang peserta dan 38 orang urusetia terlibat secara langsung dalam perkhemahan ini yang menjadikan jumlah penglibatan seramai 99 orang. Perkhemahan ini didakan di Silam Coast Conversation Area (SCCA), Lahad Datu.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan karaoke, mendaki bukit, pertolongan cemas (bantu mula), pencarian pokok herba, sukaneka, malam kebudayaan dan pertandingan tarik tali.

Topics
Personal safety
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share